Monday, September 7, 2009

Baru saya ingat di mana saya parking.

Posted by Osman Affan under Fikir

Dalam posting saya yang lepas, saya ada terangkan bahawa sebab utama mengapa orang lupa di mana mereka parking ialah mereka tidak lakukan proses ‘Register’ dengan betul. Jadi mari saya kongsikan satu tip bagaimana hendak lebih mudah ingat di mana kita parking.

Secara mudahnya, kita tidak dapat cari parking kerana kita mungkin lupa 3 perkara utama.

  1. Tingkat berapa kita parking.
  2. Nombor tiang
  3. Jalan keluar mana yang kita gunakan.

Bagi saya, 3 maklumat ini adalah asas untuk kita ingat supaya kita tidak kehilangan kereta lagi. Ia perlu dijadikan satu amalan. Apabila masuk ke tempat parking, semasa anda hendak kunci kereta, perhatikan 2 perkara. Satu: tingkat berapa, dan dua: nombor parking.

Sesetengah tempat parking bagi pusat membeli belah agak kreatif untuk membantu kita ingat di mana kita parking. Mereka gunakan gambar haiwan untuk kita ingat tingkat berapa kita parking. Gambar adalah jauh lebih mudah untuk kita ingat. Bila orang tanya, ‘kat mana kau parking tadi?” Kita jawab, “Ha…kat tingkat kuda”.

Sekurang-kurangnya, jika kita ingat tingkat berapa, kalau tidak ingat tiang mana kita letakkan kereta, tidaklah ia seteruk tidak ingat langsung di tingkat mana kita parking. Namun, kita perlu ingat. Walaupun ada gambar haiwan, kita tetap akan lupa jika kita tidak amalkan lihat dengan betul kepada gambar tersebut. Jadi, amalkan, apabila mahu kunci kereta, lihat tingkat berapa. Kebanyakan tempat parking yang besar menggunakan P1, P2 dan seterusnya. Jadi, perhati betul-betul.

Kemudian, perhati juga nombor tiang. Ada cara kreatif untuk ingat nombor tiang. Mungkin kita parking di P2, tiang nombor B10. Jadi, kita fikir secara kreatif begini. P2…… P….. Pinang….oh…pokok pinang…. pokok pinang 2 batang……P2 = pokok Pinang 2 batang.

B…..B….BOLA…. 10…..10…nombor jersi. Bayangkan ada pemain bola yang memakai jersi bernombor 10. Bayangkan juga pemain bola ini sedang menendang bola ke arah 2 pokok pinang yang tersusun seperti tiang gol. Yang menjaga tiang gol tersebut ialah kereta anda. Anda timbul rasa bimbang jika kereta anda akan kemek atau cerminnya pecah disebabkan bola tersebut.

Ini adalah langkah untuk ‘Retention‘. Setelah kita lihat dengan teliti tempat kita parking ‘Register’, kita lakukan langkah kreatif ini pula ‘Retention’. Aktiviti retention ini akan menguatkan lagi ingatan kita tentang tempat yang kita parking.

Ada yang mungkin terfikir, alangkah banyaknya kerja untuk ingat tempat parking ini. Jangan terlalu risau, aktiviti ini jika diamalkan, bukan sahaja ia membuat kita mudah ingat, malah ia meningkatkan daya kreativiti dan kebolehan kita untuk berfikir dengan lebih baik. Tambahan pula, ia agak menyeronokkan. Jadi, bolehkah anda gambarkan gambar di bawah di dalam minda?

Hakcipta terpelihara motivasibelajar.com

Selepas ingat tingkat dan nombor tiang, semasa and berjalan keluar daripada tempat parking, perhatikan kedai atau tempat yang pertama sekali anda jumpa. Contohnya, keluar sahaja daripada tempat parking, anda lihat ada satu kedai makanan segera. Ingat kedai tersebut dan bayangkan anda sedang berjalan balik ke kereta dan terlihat nama kedai makanan segera tersebut.

Baiklah, itu sahaja 3 langkah untuk lebih mudah ingat tempat kita parking. Percaya atau tidak, sudah beberapa tahun saya amalkan teknik ini. Saya bersungguh-sungguh untuk ingat tempat saya parking kerana saya rasa agak bosan apabila terpaksa rasa panik atau susah hati setiap kali lupa tempat parking. Bukan sahaja susah hati, malah membuang masa dan memenatkan apabila saya tercari-cari di mana tempat saya parking.

Akhir sekali, apabila Register dan Retention telah dilakukan dengan baik, langkah Recall akan datang secara semulajadi. Ia akan kelihatan begitu mudah untuk ingat semula di mana kita parking sebentar tadi. Kita cuma perlu ingat semula gambar yang kita bayangkan tadi. Nampak 2 pokok pinang….ohh…. maksudnya P2…..dan nampak pemain bola memakai jersi nombor 10…oh…. tiang B10…. Mudah bukan?

Akhir kata, anda tidak perlu percaya apa yang saya kongsikan ini kerana ia mungkin menjadi dan ia mungkin tidak menjadi. Apa kata anda cuba sendiri dahulu. Jika menjadi, tahniah untuk anda. Jika tidak menjadi, tidak ada apa-apa yang merugikan diri anda, cuma, mungkin daya kreativiti diri akan sedikit meningkat. Selamat mencuba. :)

Wednesday, September 2, 2009

HAYATI BERSAMA


Salam kepada kwn2 sana renunglah ayat ni bersama-sama :

Hidup Kena Sentiasa Ceria,
Walaupun Hati Terluka,
Kerna Bukan Semua Orang Wat kita Terluka,
Kita Juga Tak Berhak Wat Orang Lain Terasa,
Dan Kita Perlu Mengembirakan Orang Lain,
Untuk Keceriaan Kita Bersama..........



AYAT BAHASA MELAYU YANG DIALIH BUNYI JEPUN





Assalamualaikum w.b.tSalam Ramadhan diucapkan kepada semua dengan harapan semua sentiasa berada dalam keredhaan Allah S.W.T.
saye nak isi dengan sedikit perkara yang ada padanya sedikit gelak ketawa (x boleh ketawa senyum pon boleh la) hehe.. tajuk untuk mende alah ni ialah 'AYAT BAHASA MELAYU YANG DIALIH BUNYI JEPUN'...
silalah ( hidangan tersedia dibawah) slamat membaca..

BAHASA MELAYU : YANG SUKA MENCACI
BAHASA JEPUN : CACI MEKIKEJI

BAHASA MELAYU : YANG TAK SUKA BARANG MAHAL
BAHASA JEPUN : KITA SUKOMURA

BAHASA MELAYU : YANG PENYABAR
BAHASA JEPUN : WASABA SOBOSOBI

BAHASA MELAYU : YANG SUKA LOGHAT NOGORI
BAHASA JEPUN : APO NADIKATO

BAHASA MELAYU : YANG SUKA BELAJAR
BAHASA JEPUN : ASIKO ULANGKAJI

BAHASA MELAYU : YANG KERAP BIKIN RIBUT
BAHASA JEPUN : WAKASI HURUHARA

BAHASA MELAYU : YANG SANGAT KEDEKUT
BAHASA JEPUN : MATIMATI TAMOKASI

BAHASA MELAYU : YANG SUKA SANGAT TIDUR
BAHASA JEPUN : MEKA TIDOMATI

BAHASA MELAYU : YANG TAKUT MATI
BAHASA JEPUN : TAKA MAOUMATI

Sekian sajelah bahasa yang dapat diketahui setakat ini. sumber ini diperoleh dari majalah ujang edisi NAIK SEKOLAH.. (lupo plak siri kebapo) apo nadikato... watashi asiko ulangkaji. hehehe :-D selamat beramal

BERPESAN PESAN SESAMA INSAN



Bagaimana Mendidik Anak Menjauhi Larangan Allah?

Memperingatkan anak untuk tidak kafir, mencerca dan melaknat orang serta berbicara yang jelek. Menyadarkan anak dengan lemah lembut bahwa kekufuran itu haram yang menyebabkan kerugian dan masuk Neraka. Hendaknya kita menjaga ucapan di depan mereka agar menjadi teladan yang baik bagi mereka.

Memperingatkan anak untuk tidak main judi dengan segala macamnya, seperti yanasib, rolet dan lainnya, meskipun hanya untuk hiburan, karena hal itu mendorong kepada perjudian, pertikaian serta merugikan diri, harta dan waktu, juga melalaikan mereka dari shalat.

Melarang anak-anak membaca majalah dan gambar porno serta cerita-cerita komik persilatan dan seksualitas. Melarang penyiaran film-film serupa di bioskop maupun TV karena berbahaya bagi akhlak dan masa depan anak-anak.